Kriteria seorang usahawan

Friday, April 1, 2011 , Posted by dari admin: at 12:42 AM

Sekiranya anda ingin berniaga atau ingin menjadi seorang usahawan, mungkin beberapa kriteria perlu dipertimbangkan, disini saya cuba senaraikan beberapa kriteria yang saya fikir agak penting untuk anda sebagai seorang usahawan:

1. Minat
Untuk menjadi seorang usahawan anda semestinya perlu mempunyai minat. Terutama minat terhadap perniagaan yang ingin anda ceburi. Ini kerana dengan minat akan memacu anda lebih cepat untuk bergerak kepada hala tuju anda. Ini kerana didalam perniagaan sudah pasti anda akan berhadapan dengan waktu untung dan waktu rugi. Jadi minat ini akan member anda daya tahan yang lebih. Ibarat mencintai seseoranglah, walau gagal sekali kita masih bangun dan mencuba dengan pelbagai cara, betul tak.

2. Ilmu
Saya juga melihat ilmu begitu penting sebelum memulakan sesuatu perniagaan, anda janganlah mengambil risiko membuat sesuatu perniagaan yang anda tidak tahu langsung tentang bisnes tersebut. Suka atau tidak anda seharusnya mengetahui selok belok perniagaan yang ingin anda ceburi, ini kerana dengan pengetahuan yang cukup anda telah bersedia untuk berhadapan dengan semua keadaan.

3. Modal
Setiap perniagaan memerlukan modal, modal mungkin didalam bentuk wang, tenaga, tempat, kepakaran dan sebagainya.Tetapi sekiranya anda merupakan seorang usahawan yang baru jadi banyakkan modal dari kepakaran berbanding modal kewangan, (paham ke tak ni) ertinya cuba bermula perniagaan dengan skala kecil atau sederhana dan lebihkan kepakaran.

mungkin banyak lagi faktor, dan faktor itu berbeza mengikut latarbelakang individu

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment