peringatan kepada mereka yang membawa wang tunai

Wednesday, December 23, 2009 , Posted by dari admin: at 7:44 PM



Hari ini saya telah membaca utusan Malaysia yang bertajuk

BNM: Bawa lebih RM10,000 perlu isytihar


nampaknya bagi anda yang melancong atau urusan perniagaan anda hendaklah tahu mengenai hal ini.

BNM: Bawa lebih RM10,000 perlu isytihar

KUALA LUMPUR 23 Dis. - Pengembara yang memasuki atau meninggalkan Malaysia dengan membawa wang tunai dan/atau instrumen pembawa boleh niaga melebihi nilai bersamaan dengan AS$10,000 dimestikan membuat pengisytiharan dalam borang Kastam Nombor 22 berkuatkuasa 1 Januari depan.

Menurut kenyataan dikeluarkan Bank Negara Malaysia (BNM), ia adalah selaras dengan usaha global untuk mencegah pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan.

''Borang kastam Nombor 22 disediakan di kaunter-kaunter sebelum tempat pemeriksaan kastam di kesemua pintu masuk dan keluar Malaysia.

''Pengisytiharan ini tertakluk di bawah seksyen 23 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) dan selaras dengan Cadangan Khas IX oleh Pasukan Petugas Tindakan Kewangan yang menghendaki negara-negara mewujudkan langkah-langkah untuk mengesan pemindahan wang tunai dan instrumen pembawa boleh niaga merentas sempadan secara fizikal,'' katanya.

Tambah kenyataan itu, pengembara boleh didenda sehingga RM1 juta dan/atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi satu tahun sekiranya gagal membuat pengisytiharan atau membuat pengisytiharan palsu.

Untuk maklumat lanjut, orang ramai boleh menghubungi Cawangan Perhubungan Awam di Ibu Pejabat Jabatan Kastam Diraja Malaysia di talian 1-800-88-8855, 03-88824803 atau 03-88822929 atau menghubungi e-mel kastam@customs.gov.my atau aduan@customs.gov.my

Selain itu, orang ramai juga boleh menghubungi BNM menerusi BNMTELELINK (Pusat Perhubungan Pelanggan) di talian 1-300-88-5465 atau e-mel bnmtelelink@bnm.gov.my
petikan dari akhbar Utusan malaysia online

p/s: yang mana betul RM 10,000 atau AS$10,000?

Currently have 0 comments:

Leave a Reply

Post a Comment